BAB 3
Syafiq Ifwat sedang leka membaca surat khabar tentang saham tiba-tiba terdengar bunyi deruan enjen di matikan di halaman depan rumahnya. Syafiq Ifwan melihat siapakah gerangannya dan secara spotan senyuman terukir dibibirnya.
"Assalamualaikum, abang Fiq. Sihat?" tanya Syafiqah Izwani yang merupakan adiknya yang bongsu dan perempuan bongsu.
"Wa'alaikummussalam. Sihat. Fiqah sihat?" soal Syafiq Ifwat pula.
"Hehehe. Seperti yang abang lihat. Fiqah sihat saja. Alhamdulillah. Abang tak nak jemput masuk ke? Takkan nak berbual kat luar pulak, panas ni."
"Alamak lupa pulak. Masuklah tuan puteri, jangan malu- malu. Biuatlah seperti rumah sendiri."
"Eh.. Nikan memang Fiqah juga. Nak buat apa malu-malu." ujar Syafiqah Izwani sambil ketawa.
"Dah tahu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Ish budak ni. Ingatkan dah tak ingat lagi."
"Err.. Ibu dan ayah ke mana abang?"
"Pergi kerumah Uncle Danish Akmal."
"Oo.."
MALAM itu mereka sekeluarga berkumpul diruang tamu sambil mendengar cerita tentang pengajian Syafiqah Izwani yang sekarang sedang belajar tentang pengurusan perniagaan di salah sebuah intitusi pengajian tinggi di Perak.
"So Fiqah, dah ada yang special ke kat sana?" soal Datin Syafiqah Izhani.
"Belum ada lagilah ibu. Belum masanya lagi untuk fikirkan perkara itu." balas Syafiqah Izwani sambil tersenyum-senyum. Sedang mereka asyik berbual telefon rumah berbunyi.
"Assalamualaikum, Syafiq bercakap."
"Apa!!" jerit Syafiq Ifwat lalu terduduk setelah mendengar berita yang tidak diduga daripada Tan Sri Danish Akmal. Penglihatannya semakin kabur lalu terus gelap.
"Syafiq!!" Syafiq Ifwat terdengar suara yang menjerit namanya sebelum dia tidak sedakan diri..
Saturday, 17 December 2011
Friday, 16 December 2011
Pelangi cinta BAB 2
BAB 2
SEPANJANG hari Syafiq Ifwat masih tak dapat memberikan sepenuh tumpuan pada kertas kerja di hadapannya kerana masih memikirkan peristiwa petang semalam. Fikirannya kusut memikirkan pemergian Diana Ayumi yang entah ke mana.
Tok!!Tok!!Tok!!
"Masuk." arah Syafiq Ifwat.
"Encik Syafiq, Datuk mengingatkan bahawa pukul 10 nanti ada mesyuarat tentang tender kita dekat Langkawi nanti." kata Izzati Asyikin selaku setiausaha Syafiq Ifwat.
"Baiklah. Terima kasih kerana ingatkan saya. Saya hampir terlupa tentang perkara itu."
"Sama-sama. Sudah kerja saya untuk memaklumkan sesuatu yang berkaitan, Err, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ya Encik Syafiq." kata Izzati Asyikin terus keluar dari pejabat Syafiq Ifwat. Syafiq Ifwat memandang kosong kearah pintu yang di lalui oleh Izzati Asyikin. Syafiq Ifwat kemudiannya memandang kearah kertas kerja yang masih berselerak diatas mejanya dengan pandangan yang tak dapat ditafsirkan. Fikirannya masih lagi mengenai Diana Ayumi.
'Ayumi, you kat mana sekarang ni? Tolonglah hubungi I dengan segera, I rindukan you Ayumi.' bisik hati Syafiq Ifwat.
DIBILIK mesyuarat, ahli-ahli yang terlibat dalam tender pembinaan pusat peranginan di Langkawi sedang hangat membincangkan cadangan tentang pembinaan tersebut namun Syafiq Ifwat tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap pembincangan tersebut kerana memikirkan tentang mimpi yang di alami malam semalam.
"Fiq ni kenapa, macam ada masalah je ayah tengok? Masih fikirkan Diana ke?" soal Datuk Syafiq Ikmal.
"Tak adalah ayah. Fiq akan cuba terima kenyataan tentang perpisahan kami." balas Syafiq Ifwat lalu pergi.
'Andaikan kamu tahu perkara sebenar mesti kamu akan sedih dan tertekan.' kata hati Datuk Syafiq Ikmal.
Sesungguhnya Datuk Syafiq Ikmal tidak sanggup memberi tahu perkara sebenar terhadap anak terunanya yang satu itu kerana dia tidak sanggup anak lelakinya itu sedih dengan ketentuan takdir.

Thursday, 15 December 2011
Pelangi Cinta BAB 1
BAB 1
Malam semakin larut namun mata Syafiq Ifwat tidak dapat dipejamkan walaupun perasaan mengantuk menguasai diri. Syafiq Ifwat masih memikirkan perubahan sikap kekasihnya Diana Ayumi yang secara mendadak.
'ish tak boleh jadi ni. Aku kena tahu kenapa Ayumi berubah macam tu sekali.' kata hati Syafiq Ifwat.
Masih terang lagi ingatannya pada peristiwa petang tadi sewaktu Syafiq Ifwat berjumpa dengan Diana Ayumi.
"I nak putuskan hubungan ni. I dah tak tahan lagi dengan semua ni." kata Diana Ayumi.
"Apa yang you cakapkan ni? Takkan secepat tu hati you berubah Ayumi? Selama 7 tahun kita bercinta dan sekarang you nak putuskan hubungan kita yang kita bila dengan impian masa depan yang cerah." ujar Syafiq Ifwat.
"I terpaksa sebab I dah tak cintakan you lagi. Maafkan I, I harap you teruskan kehidupan you tanpa I lagi. I akan tinggalkan Malaysia. I harap you akan berjumpa dengan wanita yang boleh bahagiakan you. I kena pergi kerana pernebangan I 2 jam lagi, I akan selalu doakan kebahagiaan you dunia dan akhirat. Maafkan dosa I dunia dan akhirat." kata Diana Ayumi terus berlalu meninggalkan Syafiq Ifwat yang terpinggir-pinggir.
BUNYI detuman di luar mengejutkan Syafiq Ifwat daripada peristiwa petang tadi.
'Fiq masih tak dapat terima keputusan Ayumi itu. Fiq cintakan Ayumi, cinta sangat-sangat. Sudah 7 tahun kita menyulam kasih ni tapi kenapa sekarang Ayumi cakap macam tu?' soal hati Syafiq. Terlalu banyak memiirkan peristiwa tadi membuatkan pikiran Syafiq Ifwat pening lalu dia baring dikatil dan tidak sedar bila dia terlena.
"Fiq, I cintakan you selamanya dan tiada sesiapa yang ada dihati I selain you. Tapi kita tak boleh bersama kerana takdir dah menentukan untuk kita." ujar Diana Ayumi.
"Ayum jangan tinggalkan I. Ayumi!!" jerit Syafiq Ifwat lalu tersedar dari tidur.
'Astafirullahhalazim.' kata Syafiq Ifwat dalam hati.

Subscribe to:
Posts (Atom)