Thursday, 15 December 2011

Pelangi Cinta BAB 1

  BAB 1
   Malam semakin larut namun mata Syafiq Ifwat tidak dapat dipejamkan walaupun perasaan mengantuk menguasai diri. Syafiq Ifwat masih memikirkan perubahan sikap kekasihnya Diana Ayumi yang secara mendadak.
'ish tak boleh jadi ni. Aku kena tahu kenapa Ayumi berubah macam tu sekali.' kata hati Syafiq Ifwat.
Masih terang lagi ingatannya pada peristiwa petang tadi sewaktu Syafiq Ifwat berjumpa dengan Diana Ayumi.
"I nak putuskan hubungan ni. I dah tak tahan lagi dengan semua ni." kata Diana Ayumi.
"Apa yang you cakapkan ni? Takkan secepat tu hati you berubah Ayumi? Selama 7 tahun kita bercinta dan sekarang you nak putuskan hubungan kita yang kita bila dengan impian masa depan yang cerah." ujar Syafiq Ifwat.
"I terpaksa sebab I dah tak cintakan you lagi. Maafkan I, I harap you teruskan kehidupan you tanpa I lagi. I akan tinggalkan Malaysia. I harap you akan berjumpa dengan wanita yang boleh bahagiakan you. I kena pergi kerana pernebangan I 2 jam lagi, I akan selalu doakan kebahagiaan you dunia dan akhirat. Maafkan dosa I dunia dan akhirat." kata Diana Ayumi terus berlalu meninggalkan Syafiq Ifwat yang terpinggir-pinggir.


BUNYI detuman di luar mengejutkan Syafiq Ifwat daripada peristiwa petang tadi.
'Fiq masih tak dapat terima keputusan Ayumi itu. Fiq cintakan Ayumi, cinta sangat-sangat. Sudah 7 tahun kita menyulam kasih ni tapi kenapa sekarang Ayumi cakap macam tu?' soal hati Syafiq. Terlalu banyak memiirkan peristiwa tadi membuatkan pikiran Syafiq Ifwat pening lalu dia baring dikatil dan tidak sedar bila dia terlena.
"Fiq, I cintakan you selamanya dan tiada sesiapa yang ada dihati I selain you. Tapi kita tak boleh bersama kerana takdir dah menentukan untuk kita." ujar Diana Ayumi. 
"Ayum jangan tinggalkan I. Ayumi!!" jerit Syafiq Ifwat lalu tersedar dari tidur.
'Astafirullahhalazim.' kata Syafiq Ifwat dalam hati.

1 comment:

  1. Kisah ini tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. jika ada persama nama atau syarikat harap maaf kerana ini hanya rekaan semata2

    ReplyDelete