Friday, 16 December 2011

Pelangi cinta BAB 2

BAB 2
   SEPANJANG hari Syafiq Ifwat masih tak dapat memberikan sepenuh tumpuan pada kertas kerja di hadapannya kerana masih memikirkan peristiwa petang semalam. Fikirannya kusut memikirkan pemergian Diana Ayumi yang entah ke mana.
Tok!!Tok!!Tok!!
"Masuk." arah Syafiq Ifwat.
"Encik Syafiq, Datuk mengingatkan bahawa pukul 10 nanti ada mesyuarat tentang tender kita dekat Langkawi nanti." kata Izzati Asyikin selaku setiausaha Syafiq Ifwat.
"Baiklah. Terima kasih kerana ingatkan saya. Saya hampir terlupa tentang perkara itu."
"Sama-sama. Sudah kerja saya untuk memaklumkan sesuatu yang berkaitan, Err, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ya Encik Syafiq." kata Izzati Asyikin terus keluar dari pejabat Syafiq Ifwat. Syafiq Ifwat memandang kosong kearah pintu yang di lalui oleh Izzati Asyikin. Syafiq Ifwat kemudiannya memandang kearah kertas kerja yang masih berselerak diatas mejanya dengan pandangan yang tak dapat ditafsirkan. Fikirannya masih lagi mengenai Diana Ayumi.
'Ayumi, you kat mana sekarang ni? Tolonglah hubungi I dengan segera, I rindukan you Ayumi.' bisik hati Syafiq Ifwat.

DIBILIK mesyuarat, ahli-ahli yang terlibat dalam tender pembinaan pusat peranginan di Langkawi sedang hangat membincangkan cadangan tentang  pembinaan tersebut namun Syafiq Ifwat tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap pembincangan tersebut kerana memikirkan tentang mimpi yang di alami malam semalam.
"Fiq ni kenapa, macam ada masalah je ayah tengok? Masih fikirkan Diana ke?" soal Datuk Syafiq Ikmal.
"Tak adalah ayah. Fiq akan cuba terima kenyataan tentang perpisahan kami." balas Syafiq Ifwat lalu pergi.
'Andaikan kamu tahu perkara sebenar mesti kamu akan sedih dan tertekan.' kata hati Datuk Syafiq Ikmal.
Sesungguhnya Datuk Syafiq Ikmal tidak sanggup memberi tahu perkara sebenar terhadap anak terunanya yang satu itu kerana dia tidak sanggup anak lelakinya itu sedih dengan ketentuan takdir.

No comments:

Post a Comment